Tuesday, 10 May 2011

oh solatku...



Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas dihujung kepala
siapa aku di depan Tuhan ku.

Maghribnya
aku melihat warna hitam
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini.


jomsolat :)



Monday, 9 May 2011

oh bintang

banyaknye bintang...semuanya cantik-cantik...tapi kena pilih satu untuk disimpan,dijaga, dan disayangi setiap masa...kalau pilih semua nanti tak terdaya pula nak menjaga kesemuanya...takut2 nanti membebankan diri sendiri...
hmmmm....

ada hijau yang berkilat...tapi tak minat hijau laa...kaler die pun terang semacam je...sakit mata bila tgok selalu..takot nanti bila dah simpan lama2 hilang pula kilat kalau tak digilap hari2...bentuk pula terlalu besar..tak suka yang besar2,tak comel sangat....

yang hitam tu pulak suram je kaler die...warna hitam kalau hari2 pandang bosan laa...tak ada yang menarik langsung...ada bunga2 plak..macam pelik je bintang yang jenis ni...taknak la sebab bunga2 ni biasa untuk perempuan je...

wahhhh.....cerahnye yang kuning tu...ehh??yang tu pun kuning jugak...aik???ada kuning lagi...banyaknye kuning tapi kenapa semua kuning ni lain2 plak...haish...camne nak pilih ni...susah laa...kuning yang kat hujung tu cantik tapi xberkilat..kuning yang kat belah kanan tu kecil dan pudar sikit kaler die...xmenarik la kalau nak pilih yang tu...jap2,yang belakang hitam tu kuning jugak kan...tapi kenapa macam buruk je corak die...dah tak tahu nak pilih yang mana...ahhh,tinggal je la..bnyk lg kaler lain...

biru!!!biru!!!comel la bentuk die...tak besar sangat,tak kecik sangat...sederhana je...memang tepat la pilihan kali ni...yess!! nak amik la yang biru ni..rasa macam sesuai je...hmmm...urmmm..hurm,,kenapa biru ni pelik sikit ea...semua bintang yang lain ada 5 bucu...yang biru ni ada 3 je...cacat ke biru ni..erm,bru igt nak pilih yang biru ni tp tak sempurna plak...reject terus..jgn pandang dah..

ahha...terbaik!!kat depan ni ada satu je kaler ungu...nak amik ke tak...kalau amik nanti menyesal plak..takot ada lg kaler yg menarik....kalau tak amik nanti menyesal plak..sebab ada satu je ungu...ni yang last stock kot...nampak macam limited edition sikit...emmm....nak ke taknak....nak ke taknak....nak ke taknak....nak ke taknak....


!!!

jeng jeng jeng.....dah jumpa satu...yang ni tak merah sangat,tak putih sangat....pink kaler!!hahaha...cantik dan menarik...satu dalam sejuta,susah nak jumpa warna yang mcm ni...cerah dan berseri...kalau hari tengok kompem tak berkelip mata...keanggunannya memikat hati sehingga tersenyum sendirian...bentuk dan sifatnya sangat sempurna..tiada tolok tandingnya....

sebutir bintang ini dipilih bagi menemani ketika di saat sedih,suka,tawa,pilu....bintang ini bertuah di antara berjuta-juta bintang dibelakangnya...pada hakikatnya bintang ini sama saja seperti bintang2 yang lain..hidup mereka bersama-sama...pagi dan petang mereka seperti kebiasaan sahaja...tiada yang kurang mahupun yang lebih...mungkin warna dan bentuk yang berbeza-beza tapi di sisi tuhan mereka tetap sama...
ada siapa2 yang tahu apa isi di dalam bintang2 itu???
berlian..tanah hitam..pasir..emas..mutiara..habuk..
tak mampu menilai semua itu dari luaran saja...isi dalamnya tetap tak dapat diduga...

realiti pada hari ini sama sprti memilih bintang...kita mahukan sesuatu yg terbaik utk dimiliki namun apakah diri kita sndri sudah cukup sempurna...tepuk dada tanya iman..kita begitu cerewet utk memilih bintang yg cantik,yg cukup sifatnya,yg comel,yg cerah sntiasa...tp benarkah luaran mampu menggambarkan isi dalaman???
sekali lagi kita perlu cernakan pemikiran mengenai manusia di zaman ini...

bergelar doktor tp sanggup membunuh kerana hatinya yg sudah kotor dan gelap dek kerana harta...
bergelar jurutera tp tergamak menyalahgunakan wang sehingga berlaku rasuah akibat drpd iman yg tak tebal...
bergelar menteri tp langsung tidak memikirkan nasib rakyat kerana tamakkan wang dan gilakan jawatan...

benar bukan....
andai kita ingin memilih bintang biarlah bintang itu bintang yang benar2 istimewa..bintang yang cantik luar dan dalam..mustahil kita dapat mencari bintang yang benar2 sempurna...jagalah dan sayangilah bintang itu bersamamu...jgn menoleh kepada bintang2 yg lain lg,,percayalah bahawa bintang yg engkau pilih itu adalah yang terbaik buat dirimu...

oh bintang :)

Sunday, 8 May 2011

khas buat bonda

mama
ibu
ummi
mak

ni gelaran yg kadang2 aku suka panggil kat mak aku...haha..entah kenapa aku yg bnyk pggl bnyk2 panggilan ni..sebab adik sayang sangat kat mak..syukur kepada Allah dalam kehidupan aku ini masih dikurniakan ibu yang masih sihat meneruskan kehidupan sebagai hambaNya..mungkin aku beruntung sebab ada je kawan2 aku yang sudah kehilangan ibu tercinta...
maafkan aku syafiq,tapi kejadian yang menimpa ibu kau pada tahun 2009 turut membuatkan aku teringat sampai saat ini..aku paham keadaan kau yang terkilan kerana lambat mendapat maklumat,dan kau tergesa-gesa pulang...jika aku di tempat kau mungkin aku pun paham apa yang kau rasa ketika itu...
kau cukup kuat...kau cukup tabah...kau sangat hebat...
ujian yang menimpa diri kau tu aku harap dapat menjadikan diri kau seorang anak sulung yang matang dalam mengambil tugas menjaga abah dan adik2 kau...

mak,adik sebenarnya segan sangat dgn mak...tak pernah adik cakap terima kasih lahirkan adik,tak pernah adik cakap terima kasih jaga adik sampai hari ni,tak pernah adik cakap terima kasih sebab jaga makan minum pakai tidur adik...adik nak je cakap camtu tp tak pernah terluah...adik tak dapat jadi anak mak yang baik...dah banyak kali adik xikut cakap mak..
adik tipu mak..
adik marah mak..
adik merajuk dgn mak..
adik merungut bila mak suruh buat keje..
tapi
mak tak pernah buat macam tu kat adik...adik tahu mak mmg selalu terasa dgn adik,tp mak pendam je perasaan tu...antara anak-anak mak,adik rasa yang paling nakal adik la kan...adik mntk maaf mak sebab banyak kecikkan hati mak...

igt lagi waktu mak hntr adik masuk sdar 2005..mula2 mak lambai je,lama2 air mata mak mengalir.. :'( mak mengharapkan sesuatu yang terbaik ketika itu..mak ada pesan "belajaq rajin-rajin nohh,jangan maen-maen"...tp makin hari makin adik lupa pesan mak tu...adik tak dapat bagi yang terbaik kat mak...
masa dekat asasi pun adik main2,adik selalu lupa pesan mak...mak selalu cakap,"mak harap kat adik sorang ni je la yang mak dapat tengok anak mak masuk universiti"..

maafkan adik kalau adik tak jadi seperti yang mak inginkan...insyaAllah  adik akan cuba yang terbaik untuk adik hadiahkan kejayaan adik kepada mak...adik nak janji dengan mak adik nak bawa mak waktu majlis konvokesyen nanti...adik nak mak tgok anak bongsu mak ni segak berjubah berdiri kemas dia atas pentas menerima scroll ijazah nanti..adik dah taknak hampakan mak kali ni....adik tahu penat pengorbanan mak hari2 bekerja demi mendapatkan wang utk menampung perbelanjaan kita sekeluarga...adik dah tak dapat sambung lagi sebab adik dah terlalu sedih..

bagi adik bukan hari ni je hari ibu tapi setiap hari adalah hari ibu...adik sayang mak sangat2...adik nak jaga mak sebaik mungkin sepanjang adik bercuti ni...
terima kasih puan Jamaliah binti Abdul Samad
atas segalanya...moga Allah yang saja yang dapat membalas jasa ibu...

SELAMAT HARI IBU
mak yang kiri

Saturday, 23 April 2011

bersahabat sampai ke syurga



" Sahabatku.... "

" Ya? "

" Sampai bila ukhuwah kita berkekalan? "

" Sampai salah seorang dari kita tercabut keimanannya. "

" Ah,aku takkan benarkan itu berlaku! "

" Jadi,kalau itu tidak berlaku,maka akan kekal hingga ke syurga, dan akan terus kekal abadi selamanya... "
" ...kerana iman itu paksi kita! "



selagi mana kau beriman,
selagi itu kau saudaraku,
dan kau sahabatku.  :)

Thursday, 21 April 2011

muhasabah diri


Alhamdulillah, roh kita masih berada di dalam jasad kita. Syukur masih diberi peluang untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Yang paling kita selalu lupa ialah masih diberi peluang untuk perbanyakkan ibadah dan masih diberi peluang untuk bertaubat.

Mungkin jika kita masih terikat dengan keenakan atau kenikmatan dunia, kita sering alpa, atau mungkin terlupa, atau juga mungkin sengaja melupakan. Digalakkan lagi dengan bisikan-bisikan yang memancing diri supaya melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Bisikan-bisikan tersebut seperti bisikan dari syaitan, nafsiah (nafsu) dan hati kita sendiri yang berhaluan kiri.

Kita manusia biasa, tiada keistimewaan kecuali dimartabatkan sebagai golongan yang paling istimewa di sisi nabi kesayangan kita yakni Nabi Muhammad SAW selepas wafatnya.

Beruntungkan kita??? Tapi bagaimana caranya untuk kita mengelak dari berlaku perkara yang merugikan dan punyai hati yang tidak sihat???

Muhasabah diri, adalah rawatan yang paling mudah untuk diri kita sendiri menerima sesuatu keadaan sewajarnya. Ia dapat memusatkan seluruh anggota badan kita dari luar dan dalam supaya melihat kembali keadaan diri dan juga keadaan sekeliling kita.


" Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran " – Surah Al-Asr.


 
Jelas bukan??? Betapa ruginya jika kita tidak beriman dan beramal kepada Allah! Jadi kekerapan kita bermuhasabah diri menjadi landasan untuk kita terus mengingati Allah.

Untuk itu sebaiknya kita tahu bagaimana kita mahu muhasabah diri. Mulakannya dengan cara yang lebih mudah supaya sedikit demi sedikit diri kita lebih menyayangi Allah, Nabi Muhammad SAW, kitab al-quran dan agama kita.

Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.

Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.


 
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,
Selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.



Renung-renungkanlah........


Bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini.

Apa yang telah kita lakukan pada hari ini??semalam??

Berapa banyak kita mengingati Allah sepanjang kita berpijak dibumiNya ini??

Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari??

 
Tepuk dada tanya iman........




 
Tarikat Allah ada banyak, jika dapat salah satu jalannya sudah cukup untuk memahami antara pro dan kontra ilmu ketuhanan. Tapi dalam masa yang sama jangan menidakkan ilmu-ilmu sedia ada selagi ia tidak lari dari landasannya yakni dari rujukan al-quran dan sunnah nabi.

Amalkan ilmu tersebut supaya mendapat hidayah seterusnya yang lebih seronok untuk kita jelajahi. Semakin kita ingat Allah, semakin banyak rahsia Allah yang kita ketahui.

Mudah-mudahan kita akan sentiasa muhasabah diri tiap hari,tiap saat,dan tiap detik.
Moga segala usaha ini diberkati dan sentiasa diberi petunjuk agar tetap berada disampingNya.


Insya Allah

Wednesday, 20 April 2011

sad :(


a simple word...just three letters...but have a lot of meanings...

sometimes sad make u feel like crazy...it also bring tears come out from the eyes...

why there must be feeling sad???why don't we just have be happy???why we can't escape from the sad???

when we are in a sad mood...
when we have lost something important...
when we have been disappointed about something....
when something sad has happened to us or to someone else...
when we are lonely....
we often feel sad....we may feel like it will last forever...

feeling sad every once in a while is natural...
maybe we didn't get something that we really want..
maybe we miss somebody...
maybe we remember past things...
maybe we regret our actions...

all that happened there must be wisdom

sadness that make our life colourful...
happy   :)
sad    :(
cry   :'(
laugh    :D

interesting right???lets thanks to Allah for giving us this feelings...

now we know why there must be feeling sad...
now we know why we don't we just be happy...
Allah had decide the best for us..
we should keep praying to Allah when sad or happy..

" janganlah bersedih "
" don't be sad "
" la tahzan - لا تحزن "

Monday, 18 April 2011

pelangi

semalam cuaca sangat cerah tetapi hari ini cuaca mendung saja,suram pula keadaannya...kita xdapat duga apa yang akan berlaku tiap2 hari...mungkin esok cuaca lebih teruk drpd hari ini...mungkin hujan lebat beserta guruh dan kilat pula...

semuanya sudah ditentukan dan kita tidak dapat menjangkakan sesuatu itu berlaku secara tiba2...apa yg kita minta kadang tidak ditunaikanNya tp Dia akn berikan yg terbaik utk kita...

bila kita mengharapkan panas tiba2 hujan pula yg muncul...kadang2 kita putus asa dan tidak mahu memohon lg kepadaNya...tetapi disebalik hujan yang turun itu Dia kurniakan pelangi yang cukup indah...tidak tergambar dgn kata2...
merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo,ungu....
cantik kan???suatu kejadian yg sgt sempurna...tiada yg dapat menandinginya...

keadaan aku skrg bagai berada di dalam sampan kecil yg berada di tengah2 lautan...hanya mengikut rentak ombak,membiarkan diriku dikuasai oleh sesuatu yg lain...kejap2 ke kiri,kejap2 ke kanan...tidak menentu...apabila dtg ombak bsr,aku terhempas...jatuh aku xbermaya,tetapi smgt aku masih lagi kuat...aku naik kembali demi melalui saat2 getir kehidupan...

ketika ini aku harus tabah,bukan mengalah atau mencari alasan supaya diriku terlepas drpd masalah2 yg membelenggu...jgn putus asa kerana bukan setiap apa yg kita rancang akan terlaksana...aku percaya pelangi akan muncul jua...

mulai hari ini nekad aku katakan aku akan berubah supaya aku tidak lemas ditelan ombak...perlahan-lahan akan ku dayung sampan ini supaya dapat sampai ke pantai...sesuatu keinginan pasti terlaksana dgn usaha...biarpun cuaca yang menjadi faktor penghalang namun aku yakin bahawa kejayaan itu bukan semudah yang kita sangkakan..ku harap agar pelangi yang dinantikan akan muncul di akhir penceritaan ini...

indah sang pelangi sehingga membuatkan diriku tersenyum dengan sendirinya...moga dapat bersua lagi...aku percaya pelangi itu akan muncul jua... :-)


kenangan

*~PASUM~*
aku tgglkn kk12 tepat jam 12.30pm 17 april 2011..sunyi je kolej tu..maybe rmai lg yg tgh tdo kot..skrg baru je bbrpa hari aku dh mulai rindukan suasana meriah kat kolej...

hari2 aku mengarut,mencarut,memerut n menganjing...rasanye dlm setiap hr wajib gelak sekali..mmg xsah kalau xbahan salah sorang budak2 ni...

bnyk kenangan dh tercipta di saat melalui kehidupan sbgi pljr asasi bersama2...lbey kurg 10 bln(approximate je) ktorg buat rutin harian sme2...
bgn pagi lmbt,pegi lecture,pegi ttrl,pegi lunch,mkn begedil,minum laici limau,naik lif,lepak ramai2,main futsal,order nasi bnyk tp nak murah,study sama2,stay up sampai subuh...dah tulis semua kot..

sekarang ble tgok gambar2 &video2 sumpah rindu kat korg semua...hari2 asyik tgok muka korg je...dh rasa cam adik beradik plak..ullakk~~

entah bila la agaknye dpt gather balik korg semua...maybe dh ssh sbb masing2 dah bwk haluan hidup msng2...cuma aku hrpkan agr sentiasa xdilupakan...itulah KENANGAN yg terbaik selama persahabatan ini...semoga ukhuwwah ini kekal selamanya..

credit to: hafiz apex, faris cat, syafiq goi, saiful bilis, lan kaki, tolhah jerq, syuk kodek, zali, sharul mugem...juga xlpe 4ekor kucing yg jd mgsa seksaan..


sesegar hijau daunan,
begitulah kita diibaratkan,
tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
antara kita semua...