Wednesday, 8 February 2012

mana

mana oh mana perginya cinta
masih kau ingatkah
saat-saat indah
mana oh mana perginya rasa
tuk bermesra dan bicara
katakanlah mimpiku kau dan aku
ubah demi masa


lama tak ku terbuka
lelah lidah ku berkata
apakah ini hakikatnya
di pengakhiran cerita


kita berhak tuk bermimpi
mahu kau sertai sekali

mana oh mana

i've found her

boboi
ouch!!

ini twitcon aku..
haha kena cubit..padan muka degil lagi

rupanya aku terjumpa pasangan dia..huhu ^^
tak sengaja ataupun jodoh?? ahaks :p

gegurl
haaaa...ini couple si dia :3
comel right??sweet pun ada gak
<3

haha..crazy talk tonight..harap2 aku pun ada jodoh macam tu..dipertemukan olehNya..Aminn

Sunday, 5 February 2012

i'm a worst chef :p

hohoi...half of my day i'm spending at the kitchen with mum and dad..such a big problem when they give me a task to 'siang ikan'..hoho..WhatTheFish!!

gabak besar...ikan Siakap..hoyeah!!

I thing that will be small pieces of cake but 'cis kek' punya susah..

first thing to do is I have to remove all the fish scales..quite hard and a bit bad smelly..bau hanyir ikan lah..next is to cut al the fins and its tail..muahaha...keras macam batu..sakit tangan aku..

my dad told me to cut off its body to clean all inside it..kena buang perut,buang insang,buang darah,etc...pity to that fish kena buli terok..haha..
then put some 'asam jawa' to clean the body from the bad smelly..

so,siap lah ikan tu di proses..habis semua dapur aku sepahkan dengan sisa-sisa sisik ikan tu..next I pass them to handle the fish..
last2 siap jugak ikan siakap sweet sour kitorang..

perut dah kenyang,ikan dah tinggal tulang tapi tangan masih berbau hanyir :(

Saturday, 4 February 2012

maulidur rasul


dari sham kamikaze:


Perkongsian oleh Ustaz Wan Ali Akbar.

MAULIDUR RASUL.. Ramai umat Islam yang menyambut hari kelahiran tersebut. Walau di kalangan ahli sejarah Islam, berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran baginda saw sepertimana mereka berbeza pendapat berapa umur baginda saw. Yang pasti, tahun gajah, hari Isnin.

Kegembiraan sambutan kelahiran baginda saw itu, bukan sahaja disambut oleh kebanyakan kita. Sebaliknya sambutan itu telah dibuat oleh ahli keluarga baginda saw. Abu Lahab, bapa saudara baginda saw, kerana terlalu gembira menyambut kelahiran baginda saw, dia memerdekakan hambanya yang paling berharga kerana membawakan berita itu. Bukan itu sahaja, dibuat pula kenduri dengan menyembelih beberapa ekor unta menandakan betapa besar kegembiraannya.

Melihat betapa hebat sambutan Abu Lahab terhadap kelahiran baginda saw membuat kita berfikir, adakah itu cara yang sebenar untuk menonjolkan kecintaan kita kepada Rasulullah saw? Abu Lahab, pada akhirnya menjadi antara orang pertama yang membantah dan memusuhi Islam.

Pada hari ini, sambutan Maulidur Rasul dibuat secara besar-besaran. Dengan paluan kompang dan selawat, perarakan, majlis dan sebagainya dianjurkan disana-sini. Namun, adakah dengan cara tersebut dapat menimbulkan kecintaan kita kepada Rasulullah saw?

Cinta pada Rasul perlu datang dari hati. Ia tidak perlu ditonjolkan dengan majlis tertentu dan masa tertentu. Namun, ia perlu sentiasa berada di hati. Sepertimana hati seorang kekasih kepada kekasihnya. Bahkan, seperti yang disebutkan oleh baginda saw kepada Umar, "Cinta Rasul lebih daripada cinta ibu bapa, ahli keluarga dan manusia keseluruhannya."

Kecintaan kepada Rasul, diterjemahkan dalam kehidupan melalui amalan sunnah yang menjadi amalan seharian. Dalam fiqh, ia disebut sunnah za'idah (sunnah tambahan). Ia bermaksud, sunnah yang dilakukan kerana kecintaan yang terlalu kepada Rasulullah saw, samada sunnah dalam perkara harus, seperti cara makan, sunnah dalam perkara kebudayaan seperti cara berpakaian dan lebih utama sunnah dalam ibadah.

Selawat juga perlu sentiasa dilafazkan. Sabda baginda saw, sesiapa yang berselawat ke atas ku satu selawat, maka Allah swt akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Sehingga 'ulama' meletakkan hukum wajib berselawat apabila mendengar lafaz selawat dari orang lain. Hanya orang yang kedekut sahaja, malas berselawat kepada baginda saw, dan ketahuilah bahawa dia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

Marilah para sahabat, kita bermuahasabah. Pengorbanan yang dibuat oleh baginda saw terlalu besar. Sehingga, tidak mungkin bagi kita membalasnya. Namun, sekurang-kurangnya, berjanjilah kepada diri sendiri, kembalilah kepada amalan sunnah. Buat segala suruhan Allah dan tinggal segala larangan-Nya. Mudah disebut, namun susah dibuat. Tapi, usahalah sekadar kemampuan dalam keterbatasan kita sebagai makhluk. Allah'alam.


moga2 kita dapat mengambil iktibar bersama.InsyaAllah.
salam maulud nabi.

Friday, 3 February 2012

phone

since form 2 aku dah bawak phone pi sdar..time tu pakai phone bodoh baling anjing lagi..haha

ini macam aku punya phone..style baq hang!


time form 4 bapak aku kasi pinjam phone dia plak..

pattern dia mcm ni lebih kurang
aku dah google tapi tak jumpa gak spesis phone tu sebab kakak aku buat hilang..tp lebih kurang mcm kat atas ni lah bentuknya..
dah kaya sikit aku beli phone sendiri..
Sony Ericsson W380i Clamshell
aku buat main game & dengar lagu je phone nih
Sony Ericsson W380i Purple Color
haa...tp aku punye kaler hitam

lama jugak la..aku pakai phone ni sampai die sakit2..huhu..after aku ada dua number aku perlukan phone lain untuk sim satu lagi tuh..so,aku start pakai dua phone..phone nih abg aku kasi pinjam,tp mcm bagi terus je..

sebijik kaler merah camni..
disebabkan keypad die made from rubber,so dah hancur lah abjad kat keypad tu..dah mengandung pun ada tgoknye..hahaha..baru2 ni phone tu pernah jatuh sakit sbb dgr aku nak tukar phone baru ;( tapi nasib baiklah die okay balik..lega aku..fuhh..dah berapa banyak kali jatuh tapi sikit pun takde efek,switch off pun tak..haha XD

bila akak aku tukar phone baru aku pun jeles,and aku pun pi lah beli yang baru..

nokia C6
kira dah canggih la pakai phone ni..siap ada qwerty keypad lagi..hang ada??tp phone ni antara terberat aku ada..demmit,melondeh seluar pakai phone nih..bagusnye phone ni bnyk bantu aku tlg cari jalan,ada GPS..at last aku kasi phone ni kat akak aku sebab dia nak phone ketiga,and dia ngidam sangat phone aku tuh..biaq pi la,janji jaga leklok..

time aku kerja kat pd dulu,aku habiskan gaji aku beli phone xperia X10 mini..
ni bukan pro punya,harga murah rm500 pun dapat dah
tapi phone ni skrg ada pada man tokei topup tuh,aku baru suruh dia repair..ada ic problem..naik cuti nanti lah baru amik..

now aku bercadang nak cari phone baru...maybe nak agkt inilah :)

bb curve 3G 9300
ni semua pengaruh feisal..hmm,tak sure samada agkt ni kat ipoh ngn akak atau pi low yat ngn feisal..

aku dah merasa enam phone dan mungkin masuk ke tujuh lepas ni..banyak belanja betol..kalau jimat ni boleh beli kereta kot...
tapi aku tetap pakai number sama sebab sayang pakej student tu,,tapi sampai umur 25 je lah..pasni pakai line number lg sng,tayah topup dah.

tahniah cherr

kompang dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu~~~

tahniah bro sebab dah berjaya melangsungkan akad nikah..huhuhu..gedebak gedebak gedebom gedebom~~~

terima kasih atas jemputan tapi tak dapat hadir last minit atas urusan keluarga...cewwwahh..padahal sedare mare sendiri...

semoga perjalanan majlis di tmn tasik titiwangsa tu meriah la..yuhuuu!!

kami doakan agar sentiasa berkekalan bahagia bersama tersayang...lepas ni kalau naufal nak kacau atan tolong reboot laptop ni takdehal lah kan..hehe

selamat pengantin baru <3

Thursday, 2 February 2012

result sem 1

malam semalam koyok ada tweet dia dapat sume B subjek yang dia ambil..aku pun suruh dia check kan esok pagi (hari ni)..aku tak berapa mengharap sangat sebab soalan susah sangat-sangat..aku pun prepare macam tak prepare, mungkin dah banyak kecewa dengan hal lain..aku tak pandai mana pun macam member aku yang lain sebab dorang sume power2 tahap sifu..

aku tak eager pun nak tau result tu,tak kisah la koyok nak tgok ble2 pun..koyok bgn lambat hari ni..tak kisah la,janji dia boleh tolong..time aku otw balik dari pekan td koyok call and die tnye nak result mana dulu..aku pun mintak la yang paling terok dulu..sebab aku mmg tak target yang terbaik kali ni,cukup makan lulus pun jadi lah..sebab aku tanak REPEAT!!!!!!

tiga result yang baru je keluar..koyok cakap paling terok physics electronic, C+, then circuit analysis, B+, and system digital aku A je...Alhamdulillah,semua grade aku collect..maka bergelak ketawa lah dengan koyok td..baru tiga je,ada lagi empat paper yang aku tak tahu nasib mereka..hahaha..

semoga dipermudahkan..Aminnn

Wednesday, 1 February 2012

sepucuk surat buat adinda

------------------------------------------------------
salam sejahtera,
kehadapan adinda yang dikasihi selalu... :)


apa khabar anda di sana?sukar nak digambarkan betapa gembiranya hati saya andai awak dapat baca nukilan ini..saya pun tak tahu nak mulakan dari mana..


dah lama nak masukkan entry ni tp masih teragak-agak..entah la,ego lelaki ni sangat kuat, sangat kental, susah untuk ditandingi..demi menjaga maruah seorang lelaki daripada wanita, sanggup lakukan apa saja asalkan air muka mereka tidak jatuh..


dah berapa lama dah tak bertegur sapa..ada juga terfikir kalau ditegur takut tidak dilayan..bermacam-macam perkara bermain diminda..sebab itulah susah nak lupakan..mungkin di mulut boleh katakan ya tetapi hati tetap tidak..


lumrah lah rindu tu,sape yang tak rindu tu robot lah..manusia ada perasaan,kasih dan sayang tu memang ada..kadang2 tgok org lain bermesra pun kita naik cemburu..tapi saya beri peluang pada diri agarkan hindarkan dengan sibukkan dengan pelbagai tugasan..walaupun berjaya tp saya tahu ia tidak kekal lama..


lama sangat tak dengar khabar,harap awak jaga diri macam saya ni juga la kan..mungkin ada yang sudah berjaya menambat hati awak, yang betul2 ambil berat awak kat sana..harapnya agar sentiasa kekal bahagia :')


dalam kesibukan diri saya di sini belum saya jumpa lagi org baru yg sebaik awak..tak guna juga menyesal sekarang..penat saya geledah seluruh kampus ni,takde jumpa lagi insan yang benar2 memikat seperti apa yang saya ada dulu..tapi masih mengharap pada kasih yang sama.. :(


silap dulu memang silap saya..saya akui..takpe la,saya minta maaf sebab banyak susahkan awak..yang lain tu urusan saya dengan Allah..kalau pergi saya nanti harap tidak ada dendam antara kita..tak usah dikenang lagi..masa depan kita masing2 dengan haluan masing2..teruskan dengan apa yang awak citakan,saya tahu itu yang kita pernah impikan tapi awak sorang yang dapat..


rezeki masing2 tuhan dah tentukan ..soal jodoh Dia pilihkan..orang yang baik macam awak insyaAllah Dia bagi lelaki yang baik juga..semoga berbahagia di sisi yang tersayang..


saya tak dapat bagi awak sejuta bintang di langit tapi saya dapat bagi awak iringan doa di setiap malam..
saya tak dapat laksanakan cita2 awak tp saya lega awak semakin hampir dengan impian awak..
saya mungkin tidak di sisi awak tapi kenangan saya masih dekat di hati awak..
<3


sekian
luahan hati,
Kekanda.
------------------------------------------------------


komitmen

umur apabila sudah meningkat sepatutnya pemikiran semakin matang, boleh membezakan antara baik dan buruk..tetapi kebanyakan rakan2 berpendapat bahawa umur bukanlah kayu pengukur kepada sesuatu tahap kematangan..hal ini amat penting buat kita semua apabila berada di dunia sebenar..kita perlu bersaing sesama rakan sekerja, syarikat2 besar, dan juga negara2 maju..

dalam sesuatu bidang yang diceburi, komitmen merupakan elemen yang amat diperlukan bagi mendapatkan hasil bagi kerjaya tersebut..dalam era persaingan kini, susah untuk kita memuaskan hati semua pihak..
sebagai seorang mahasiswa, komitmen diperlukan dalam menyiapkan tugas, tutorial, dan assignment yang banyak..

dalam sibuk memberikan komitmen terhadap pelajaran kita sebenarnya tidak perasan komitmen untuk hal lain banyak diabaikan..sedang kita sibuk melakukan assignment kita lupa akan tanggungjawab kita kepada pencipta..acapkali kita melambat-lambatkan perkara yang wajib dengan alasan ingin menyiapkan kerja terlebih dahulu..hal sekecil seperti inilah yang kita sebenarnya tidak tahu bahawa ia merupakan pendorong segala kejayaan..

tidak salah kita mahu letakkan seratus peratus komitmen kita terhadap pelajaran tetapi kita harus sedar bahawa mahasiswa yang cemerlang merupakan mahasiswa yang dapat membahagikan komitmen mereka dengan baik..cara yang terbaik adalah memberikan komitmen terhadap pelajaran seiring dengan komitmen terhadap rakan baik kita..pilihlah beberapa rakan yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran, melakukan tugasan dan yang paling penting rakan yang dapat menasihati kita setiap masa..dengan cara ini diri akan sentiasa terjaga dan mungkin berjaya dala apa jua bidang..

komitmen boleh dibahagi kepada tiga..
1) komitmen terhadap pelajaran.
2) komitmen dengan kehidupan sosial.
3) komitmen kepada keluarga.

berapa peratus nak bahagi tu terpulanglah pada diri kita sendiri..cuma yakin bahawa setiap keputusan itu dibuat atas kemampuan diri sendiri..

hmm..ramai juga berpandangan komitmen terhadap cinta juga perlu kerana ia akan lebih stabil dan memberikan peransang.. :)
tapi jika berlaku pertelingkahan antara pasangan tidakkah ia memberikan tekanan dan akan memberikan impak yang buruk terhadap tugasan seseorang..
jika kita boleh menggalas beberapa komitmen dalam satu2 masa tu baguslah, setiap orang lain caranya..tak boleh nak samakan semuanya..

harapnya agar setiap daripada kita dapat mengatur segala agenda harian dengan sempurna dan laksanakan ia dengan penuh komitmen. :)