Alhamdulillah, roh kita masih berada di dalam jasad kita. Syukur masih diberi peluang untuk melihat keindahan dunia ciptaan Allah Yang Maha Esa. Yang paling kita selalu lupa ialah masih diberi peluang untuk perbanyakkan ibadah dan masih diberi peluang untuk bertaubat.
Mungkin jika kita masih terikat dengan keenakan atau kenikmatan dunia, kita sering alpa, atau mungkin terlupa, atau juga mungkin sengaja melupakan. Digalakkan lagi dengan bisikan-bisikan yang memancing diri supaya melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Bisikan-bisikan tersebut seperti bisikan dari syaitan, nafsiah (nafsu) dan hati kita sendiri yang berhaluan kiri.
Kita manusia biasa, tiada keistimewaan kecuali dimartabatkan sebagai golongan yang paling istimewa di sisi nabi kesayangan kita yakni Nabi Muhammad SAW selepas wafatnya.
Beruntungkan kita??? Tapi bagaimana caranya untuk kita mengelak dari berlaku perkara yang merugikan dan punyai hati yang tidak sihat???
Muhasabah diri, adalah rawatan yang paling mudah untuk diri kita sendiri menerima sesuatu keadaan sewajarnya. Ia dapat memusatkan seluruh anggota badan kita dari luar dan dalam supaya melihat kembali keadaan diri dan juga keadaan sekeliling kita.
" Demi masa. Sesungguhnya manusia didalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran " – Surah Al-Asr.
Jelas bukan??? Betapa ruginya jika kita tidak beriman dan beramal kepada Allah! Jadi kekerapan kita bermuhasabah diri menjadi landasan untuk kita terus mengingati Allah.
Untuk itu sebaiknya kita tahu bagaimana kita mahu muhasabah diri. Mulakannya dengan cara yang lebih mudah supaya sedikit demi sedikit diri kita lebih menyayangi Allah, Nabi Muhammad SAW, kitab al-quran dan agama kita.
Perkara pertama yang kita wajib buat sebagai orang islam selepas mengangkat tauhid kita dalam ucapan syahadah dalam rukun islam dan yang pertama dalam ketertiban rukun iman.
Perbanyakkan zikir sama ada zikir lisan mahu pun zikir hati – tasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Menurut petua mencuci hati dari Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah,
Selawatlah ke atas nabi sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur. Ia merupakan pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki dan orang akan sayangkan kita.
Renung-renungkanlah........
Bandingkan apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini.
Apa yang telah kita lakukan pada hari ini??semalam??
Berapa banyak kita mengingati Allah sepanjang kita berpijak dibumiNya ini??
Bukankah apa yang berlaku pada masa ini ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan setiap hari??
Tepuk dada tanya iman........
Tarikat Allah ada banyak, jika dapat salah satu jalannya sudah cukup untuk memahami antara pro dan kontra ilmu ketuhanan. Tapi dalam masa yang sama jangan menidakkan ilmu-ilmu sedia ada selagi ia tidak lari dari landasannya yakni dari rujukan al-quran dan sunnah nabi.
Amalkan ilmu tersebut supaya mendapat hidayah seterusnya yang lebih seronok untuk kita jelajahi. Semakin kita ingat Allah, semakin banyak rahsia Allah yang kita ketahui.
Mudah-mudahan kita akan sentiasa muhasabah diri tiap hari,tiap saat,dan tiap detik.
Moga segala usaha ini diberkati dan sentiasa diberi petunjuk agar tetap berada disampingNya.
Insya Allah