Saturday, 31 March 2012

welcome April


bulan keempat dalam kalendar Masihi..meninggalkan Mac yg penuh kesibukan..yg penuh dengan kenangan..

Mac yg lepas banyak menyimpan memori;
banyak birthday boy/girl dlm bulan ni include birthday bapak aku sendiri..
datangnya kawan baru dan perginya kawan lama dalam bulan ini..
sakit sihat jatuh bangun aku juga dalam bulan ini..
penat lelah sibuk dengan urusan harian yg tak pernah lekang.

cukup sudah 31 harinya..maka berubahlah ia kepada bulan yg baru.April..mungkin tiada apa yg istimewa tp bg diri ini sesuatu yg telah berlalu aku biarkan ia lepas dengan tenang..
hari ini hari pertama April,takkan aku mahu rosakkan mood bulan ini dengan perkara semalam..at least aku tahu apa yg patut dilakukan selepas ini..merancang supaya masa depan ini tampak cerah dengan keputusan yg aku pilih..

adilnya tuhan itu menetapkan sesuatu keputusan tanpa kita sedari..perit yg dilalui sebenarnya laluan kepada segala kemanisan..mungkin dia tidak tahu betapa sungguhnya aku mencuba mencari dia kembali..siapa saja yg perasan dengan apa yg aku dh buat selama ini..aku dah letakkan seluruh harapan di atas segala usaha aku ini namun kegagalan membuat aku patah semangat,putus asa dengan usaha selama ini..lemah benar aku ini,belum tahu hasilnya sudah mula mengalah..

membina keyakinan itu bukan mudah,ia tidak mengambil masa sehari..tambah-tambah pula kesilapan itu aku sendiri yg lakukan..letaknya 100% kesalahan terhadap diri sendiri..bukan tidak mahu mohon kemaafan tp aku takut jika ianya akan ditolak,jadi aku rasa cara terbaik adalah berdepan dan di situlah mungkin adanya penyelesaian..

mungkin April ini pembuka semangat aku kembali untuk mencari dan membetulkan kesilapan lama..aku jadikan diriku seperti gelas kosong yang perlu diisi dengan air..maka aku tahu air itu tidak akan jatuh sendiri dari langit terus mengisi gelas yg kosong ini..gelas itulah yg perlu pergi mencari di mana sumber air dan diisi kedalamnya..air itulah pelengkap kpd gelas supaya ia tidak lagi kosong..

aku cuba dan akan mencuba sehingga ku tahu keputusannya..

Selamat Datang Wahai April  :)

Wednesday, 28 March 2012

gundah gulana

dalam sibuk siapkan lab report aku sempat menjenguk juga blog sekali sekala..
sudah midsem dah sekarang ni..tak lama lagi akan pulang untuk bercuti sebentar.

bercuti dari segala kesibukan mencari ilmu.
bercuti dari segala kekalutan menguruskan program.
bercuti dari segala kekusutan kehidupan kota.

tapi bukanlah bercuti daripada menghambakan diri padaNya..semoga cuti sekejap ini dapat aku melakukan refreshment supaya dapat memperbetulkan kembali landasan tujuan ini..

banyak kesilapan dalam membuat keputusan..mungkin itulah yang menjadi sebab musabab aku menjadi gundah gulana..akhir2 ini hati ini rasa tidak tenteram,kosong sepertimana kosongnya hati insan yg telah jauh dari pentunjuk Ilahi..
godaan dan cabaran begitu kuat merapuh nafsu menjadikan aku lalai dan semakin jauh denganNya..mungkin semakin dewasanya kita semakin mudah kita menjadi lemah..makin sukar untuk kita mendekati kepada perkara2 kebaikan..
pesanan dan ajaran ibubapa juga kadang2 kita ambil ringan saja..maka akan mudahlah syaitan menghampiri untuk menghasut kepada kejahatan..

kata mereka, sesuatu masalah itu diselesaikan dengan mengharunginya. 

benar

biarlah aku menghadapi gundah gulana ini supaya menjadi pengalaman yg mendidik aku menjadi kuat menempuh masa2 mendatang..
dalam kerinduan aku padanya, mungkin aku singkapkan sedikit luahan ini agar segalanya mungkin terjawab suatu  hari nanti..sungguh, kesibukan langsung tidak pernah membuatkan aku lupa padanya :(

Gundah ini yang menjadi guru aku.