Sunday, 27 May 2012

digarhayu mahathir

inilah nukilan A Samad Said yang hebat..sasterawan negara yang sangat dihormati..



Dirgahayu Mahathir
Sejak kau katakan dirimu tetap akan bersara
rakyat hampir serentak tergamam, sekeluarga,
dengan tekun cuba membaca keganjilan abjad,
ingin secermatnya menyelam kocakan isyarat-
bermula dari langkahmu semenjak dua dekad,
dari awal diseragamkan waktu yang keramat,
meninggalkan kegoyahan tahta kota Melaka,
meluru ke sejarah baru di Putrajaya.
Mulanya kau tukarkan derasnya isyarat masa-
seluruh negara tiba-tiba rasa degupnya.
Dan serentak pula kau dorongi pandang ke Timur,
kau sedarkan begitu mulanya visi yang makmur,
kau tegur sejarah Eropah berhati penjajah
dan gesa rakyat agar segera menginsafinya.
Kau seorang pemimpin paling sering mengejutkan
sehingga dalam panas kami mudah kesejukan
dan dalam sejuk tiba-tiba kami kepanasan.
Kau seperti damai menyaksikan kami terkejut,
kau ransang kami jadi juara–jangan takut.
Daki gunung, lawat Antartika, rayapi benua,
rentasi samudera dan saingi berniaga-
segala yang puncak-selalunya itu kau pinta.
Kau pengingat bangsamu yang sering benar pelupa,
penyedar satu perjuangan yang belum selesai,
juga penghayat tanah airmu yang sungguh damai.
Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih,
di alaf damai, mereka menyemai benih ilmu
di musim permai mereka membisik kasih syahdu.
Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya,
dan mendorong rakyat menjerit “boleh” segalanya!
Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal,
lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global.
Kau terlalu gemar mencabar setiap yang payah,
menyedarkan bangsa, itulah antara caranya,
meningkat taraf, menebus maruah dan anehnya,
kau memungkinkannya dengan cara yang istimewa.
Dengan resepi bancuhan amat luarbiasa,
ramuan asli dari rempah satu citarasa,
dan dengan tangan dan mata yang selalunya cerah,
dapur bangsa menyedia sajian peribadi-
demokrasi lazat dengan zat tersendiri.
Telagah dan teguranmu juga tajam berduri,
malah dalam sekam yang sebu pun terjelir api.
Dan dalam arus diplomasi dunia terkini,
selalunya kau berdiri cekal depan sekali,
lancang bersuara sepejal peluru khursani,
tanpa pengkalis, sebab, pengkalisnya kau sendiri.
Kawan-kawanmu sesekali dalam percobaan,
yang akrab terkadang meloncat juga sebelah lawan.
Dan kau memang seorang yang amat keras menghukum,
serkadang yang patah amat payah sungguh dicantum.
Memang ada yang sentiasa ingin membencimu,
dan sesekali, soal bahasa yang mampu, aku juga begitu.
Tapi, bakti yang lain wajar jua dikira,
pemimpin tak semua benar, tak semua salah.
Dan dalam sedikit gulana resah batin bangsa,
aku tetap menerimamu pemimpin berharga.
Memang kau telah berjaya menyumbang banyak bakti,
menjadi amat payah untuk sekadar membenci,
apalagi yang diragukan lebih teka-teki.
Tampaknya kau tahu dimana stesen berhenti;
sejauh mana pula pemimpin harus berlari.
Dan di antara stesen, kau sedia bersepi-
menilai masa lalu dan menyukat masa kini.
Kau berhenti ternyata sebelum dirimu mengah,
meninggalkan secebis peta dalam ribut kencang
dengan megah di sisi kibaran Jalur Gemilang.
Disayang dibenci, kau harumi taman pertiwi;
dibenci disayang, hikayatmu juga berseri.
Kau penguji sanubari dengan minda berkira,
Dan dengan lidah dan hati yang belajar berimbang.
Sayang, tidak semua tali pacu yang dapat diregang,
maklum di mana pun pasti ada kuda yang garang.
Tapi, kau pujangga siasah berpeta pusaka,
berkeris dan berperisai tangkas hampir serentak,
merenjis mutiara kata yang payah ditolak.
Tentunya kau masih berada di dalam kawasan,
merintih dan menyangsi ataupun memerhatikan.
Aku percaya, dalam serba musim dan cuaca,
kau tidak pergi-hatimu tetap tegap di sini.
A. SAMAD SAID

Friday, 11 May 2012

jatuh



aku percaya
sedikit waktu
kan terbuka
hati yang kau bawa

sambut tangan ku
biar ku bawa
kau ke tempat yang tiada orang tahu
ku kan menunggu bayangmu
berikan jawapan mu

ku pergi sendiri dan takkan kembali
maafkan segala perbuatan ku kepadamu
ku pergi sendiri dan takkan kembali
teman aku buat kali terakhir
aku akan jatuh

dunia hitam
keliling malam
kesejukan
menunggu panggilan
ku kan menunggu bayangmu
berikan jawapan mu

aku jatuh
selagi kau berjaya
jangan kau lupa
segala yang telah kita lalu bersama

jeritan ke angkasa
selamatkan dia selamatkan kita semua
aku telah jatuh


Thursday, 10 May 2012

minggu ke 12

stress aku minggu ni sebab semua benda jadi serentak dan semua benda kena siapkan dalam minggu ni..

isnin - banyak kena siapkan kerja yang tertangguh umpamanya assignment analog, assignment calculus dan penting hari tu presentation hubungan etnik..pukul 10 pagi dah kena discuss pasal presentation tu,and maybe boleh berjalan lancar..tapi last minit jugak dapat tahu aku kena present sekali..menggelabah lah kat hall tu..fuhh... dan presentation tu berjalan dengan lancar.

selasa - awal pagi lagi kena hantar assignment calculus..nasib baik siap cuma nak kena check je..aku kasi kat tutor suruh check,die cakap betol lah tu..a few minutes later, member aku cakap ada jawapan yang salah..aku terfikir apa yang tutor td check -.- lepas tu masuk kelas english lagi stress sebab kena prepare pasal speaking test..tetibe plak die cakap test tu next week,minggu ni kena mock dulu..time trial katanya..tepat jam doblas geng2 kitorang blah gerak ke gerai APK sebab nak ngelat,and ktorang berjaya lepaskan diri dari mock tu..kat gerai APK pulak mmg bosan sbb gerai jual unifi,siapa ntah nak beli..jadi melepak lah kat belakang tu sampai petang..

rabu - pagi ada kelas analog dan sangat stress bila berdepan dengan dr. harikrishnan..nasib aku kena pilih suruh buat soalan kat depan..mujurlah soalan tu ada dalam buku,jawab aku dalam tenang..hilang persepsi buruk dia kat aku..tapi aku tertekan sangat dalam kelas tu..buat pertama kali aku tak pegang phone langsung sebab nak fokus punya pasal..petang tu hari kedua APK dan ada yang menceriakan aku balik..dah cukup gembira tak terkata bila dia datang even jenguk sekejap je gerai2 kat situ..aku lari awal sebab nak pergi merayau..hehehe..

khamis - aku keluar awal sebab nak siapkan report...petang pulak kena buat jugak analog punya soalan..hari ni jugak dapat tahu ada assignment data structure yang datang tanpa diundang..malam ada ceramah sikit..

jumaat - sepatutnya kena hantar assignment analog hari ni tapi dia postpone sampai isnin..lega aku..tapi aku kena study subjek EC utk ready hari ni..petang pulak ada lab terakhir dan kena hantar lab report petang ni jugak..malam nak pergi jumpa dia and dinner bersama..

mungkin penat sebab ada lagi benda lain yang kena pikir utk weekend ni..semoga berjaya survive utk diri aku sendiri..

jyeah!!

Saturday, 5 May 2012

antara semalam dan hari ini

antara semalam dan hari ini

adakah aku sudah terlambat
ataupun baru aku memulakannya
semalam mungkin aku masih bermimpi
tapi hakikatnya hari ini yang pasti

belum pasti sejarah semalam berulang pada hari ini
yang masih tidak kuketahui halatuju yang pasti
bau dan warna yang sama
tapi mungkin perasaan yang berlainan

antara semalam dan hari ini

tiada yang dapat dijangka ketika ini
ku titip kan doa kepada Ilahi
dijauhkan dari berulangnya tragedi
semoga luahan hati insan ini didengari

air mata keramat ini jatuh jua
bukan kerana tak mampu membendungnya
tetapi kerana bentengnya
tidak tertahan menanggung takungan terlalu lama

antara semalam dan hari ini

hati kecil ini memberanikan diri
setahun sudah kesabaran membatasi
apa yang hilang perlu dicari
kerna itu aku muncul kembali

berbicara seperti sang gila
yang mahukan bidadari kayangan sempurna
tapi kerna tahu isi hatinya
sanggup menunggu walau berabad lama

antara semalam dan hari ini

ku ukir senyuman semalam
kerna aku takut hari ini yang terakhir
kerna aku tidak mahu cipta awan muram kesedihan
kerna aku tak pasti masih adakah ia untuk hari esok

selagi kudrat semalam kekal ke hari ini
selagi kasih belum pudar kian hari
selagi dia masih di hati
selagi itu lah aku tak mengenal istilah 'tarik diri'



aku juga seorang manusia biasa,
secebis luahan hati - antara semalam dan hari ini.