Monday, 30 January 2012

pusingan kedua

Alhamdulillah
tepat jam 10.30 pagi td selesai mendaftar dan menyusun kesemua jadual bagi semester dua.
dijangka 13hb februari bakal memulakan kelas pertama jam 8 pagi..

aishh..awal pagi ni yg berat sikit..tp nak buat camne,walaupun diberi peluang membuat pilihan jadual sendiri tapi macam dah ditetapkan je..kira semua jadual tu ter paksa je..tp ni semua budak2 ni yang decide,aku follow dorg je sbb malas nak pikir..janji aku still sama kelas ngn dorang..muahahaha



hari khamis aku free tuhh..tap cnfrm bdk2 ni isi masa tu ngn berfoya-foya,bukan nak study pun..
eh,tp tutorial class pun tak masuk lagi..emm,pack haram lah.

semoga dipermudahkan pada pusingan kedua ini :)

Sunday, 29 January 2012

perubahan


bagaikan lalang
bergerak melentok mengikut alunan angin
ke kiri anginnya,maka ke kiri tunduknya
mereka bergantung pada angin

laut ada pasang surut
ombak kadang-kadang tinggi kadang-kadang rendah
mereka bergantung pada angin

angin yang datang pun ada mood nya sendiri
sepoi-sepoi bahasa
ribut
puting beliung.

jika semalam aku rajin esok mungkin aku malas.
jika semalam aku baik mungkin esok aku jahat.

tak pernah nak tetap pendirian..selalu berjanji pada diri mahukan yang terbaik buat diri sendiri..mahukan perubahan yang mengubah rentak kisah lama..tapi hasilnya GAGAL!
sampai bila harus berada dalam situasi begini..dipengaruhi dengan budaya yang entah dari mana datangnya..
bercakap sangat mudah dari melakukan
nak berubah jadi baik konon,kalau berjaya pun sehari dua je,paling kuat seminggu.
kau belum rasa memang tak tahu susahnya.

mungkin aku sorang je yang rasa seperti ini..lemah sungguh diri ni..kalau lah jadi kuat macam yang lain kan bagus..tak perlu berpura-pura..itu munafiq namanya..huh :'(
aku saja yang tahu betapa bodohnya apabila menipu diri sendiri
aku tak tidur,masih sedar tapi taknak berusaha untuk selamatkan diri.
bodoh kan.....

perubahan yang drastik memang menjadi tapi hasilnya hanya beberapa hari saja..
perubahan memerlukan tempoh masa yang lama untuk menjayakannya..
cabaran dalam mencapai perubahan ialah konsistensi
maksud yang sangat panjang seperti perkataannya

perlukah aku dibimbing?
masih boleh dilembutkan ke hati yang keras dan hitam ini?
atau biarkan aku hanyut dalam sedar?
atau suatu hari nanti akan tiba masanya?

kalau nak tunggu seru memang berjanggut lah kalau tak berusaha..ujian yang datang hanyalah untuk menguji setakat mana sanggup berkorban demi perubahan...
perubahan ke arah kebaikan hanya 5%
tapi ke arah keburukan 95%

tumpul minda..buntu idea..hilang arah..
tak tahu macam mana cara lagi..



tetap seperti lalang
hanya membiarkan angin menentukan jalan hidup

Friday, 27 January 2012

malas

M.A.L.A.S

penyakit dari dulu lagi
nak jog malas
nak study malas
nak buat air pun malas
nak turun bawah beli makanan pun malas
nak buat assignment malas
nak gerak library malas
nak text pun malas
sekarang nak type pun dah malas



nak tidur -.-

Thursday, 26 January 2012

separuh pertama

satu semester sudah habis.cuti pun bermula..
sejak aku masuk bulan sembilan dulu sampai sekarang belum pernah lagi ada masa lapang nak kasi entry.


berhabuk.berdebu.kotor.semak.

hidup di tempat yang sama cuma keadaan je sedikit berbeza.
kalau nak dihebahkan dari awal semester punya cerita memang takkan habis lah..
tapi ada suka duka tawa ria yang banyak aku lalui.

mahasiswa universiti malaya
gah pada nama tapi hakikatnya sama seperti yang lain.

assignment last minit datang,last minit buat.
tutorial time discussion baru nak gelabah.
study bila perlu je.
test meniru  biasanya.

inilah penyakitnya.
biasalah itu semua.kalau nak senang pergi belajar dekat tadika lah.LOL

tapi aku rasa macam ada keluarga sendiri di sini.
ada koyok.feisal.aziq.boga.kaduk.reza.yan.maz.bella.
susah senang sama-sama.tak pernah rasa jemu.
belum pernah bosan lagi.banyak gelak je kalau lepak dgn dorg.
huhu :')

separuh pertama yang banyak pengalaman.
banyak liku dan cabaran.
mustahil boleh survive kalau bergerak sorang-sorang.
masa yang singkat utk separuh pertama.
jumpa di separuh kedua plak :)

Wednesday, 25 January 2012

tiup debu

cuti bermula dan aku mulai ia dengan 'membersihkan' debu2 yang kat blog ni dulu

"suatu pekerjaan yang mulia ialah membersihkan yang kotor" -kakak