bulan keempat dalam kalendar Masihi..meninggalkan Mac yg penuh kesibukan..yg penuh dengan kenangan..
Mac yg lepas banyak menyimpan memori;
banyak birthday boy/girl dlm bulan ni include birthday bapak aku sendiri..
datangnya kawan baru dan perginya kawan lama dalam bulan ini..
sakit sihat jatuh bangun aku juga dalam bulan ini..
penat lelah sibuk dengan urusan harian yg tak pernah lekang.
cukup sudah 31 harinya..maka berubahlah ia kepada bulan yg baru.April..mungkin tiada apa yg istimewa tp bg diri ini sesuatu yg telah berlalu aku biarkan ia lepas dengan tenang..
hari ini hari pertama April,takkan aku mahu rosakkan mood bulan ini dengan perkara semalam..at least aku tahu apa yg patut dilakukan selepas ini..merancang supaya masa depan ini tampak cerah dengan keputusan yg aku pilih..
adilnya tuhan itu menetapkan sesuatu keputusan tanpa kita sedari..perit yg dilalui sebenarnya laluan kepada segala kemanisan..mungkin dia tidak tahu betapa sungguhnya aku mencuba mencari dia kembali..siapa saja yg perasan dengan apa yg aku dh buat selama ini..aku dah letakkan seluruh harapan di atas segala usaha aku ini namun kegagalan membuat aku patah semangat,putus asa dengan usaha selama ini..lemah benar aku ini,belum tahu hasilnya sudah mula mengalah..
membina keyakinan itu bukan mudah,ia tidak mengambil masa sehari..tambah-tambah pula kesilapan itu aku sendiri yg lakukan..letaknya 100% kesalahan terhadap diri sendiri..bukan tidak mahu mohon kemaafan tp aku takut jika ianya akan ditolak,jadi aku rasa cara terbaik adalah berdepan dan di situlah mungkin adanya penyelesaian..
mungkin April ini pembuka semangat aku kembali untuk mencari dan membetulkan kesilapan lama..aku jadikan diriku seperti gelas kosong yang perlu diisi dengan air..maka aku tahu air itu tidak akan jatuh sendiri dari langit terus mengisi gelas yg kosong ini..gelas itulah yg perlu pergi mencari di mana sumber air dan diisi kedalamnya..air itulah pelengkap kpd gelas supaya ia tidak lagi kosong..
aku cuba dan akan mencuba sehingga ku tahu keputusannya..
Selamat Datang Wahai April :)
No comments:
Post a Comment