Saturday, 5 May 2012

antara semalam dan hari ini

antara semalam dan hari ini

adakah aku sudah terlambat
ataupun baru aku memulakannya
semalam mungkin aku masih bermimpi
tapi hakikatnya hari ini yang pasti

belum pasti sejarah semalam berulang pada hari ini
yang masih tidak kuketahui halatuju yang pasti
bau dan warna yang sama
tapi mungkin perasaan yang berlainan

antara semalam dan hari ini

tiada yang dapat dijangka ketika ini
ku titip kan doa kepada Ilahi
dijauhkan dari berulangnya tragedi
semoga luahan hati insan ini didengari

air mata keramat ini jatuh jua
bukan kerana tak mampu membendungnya
tetapi kerana bentengnya
tidak tertahan menanggung takungan terlalu lama

antara semalam dan hari ini

hati kecil ini memberanikan diri
setahun sudah kesabaran membatasi
apa yang hilang perlu dicari
kerna itu aku muncul kembali

berbicara seperti sang gila
yang mahukan bidadari kayangan sempurna
tapi kerna tahu isi hatinya
sanggup menunggu walau berabad lama

antara semalam dan hari ini

ku ukir senyuman semalam
kerna aku takut hari ini yang terakhir
kerna aku tidak mahu cipta awan muram kesedihan
kerna aku tak pasti masih adakah ia untuk hari esok

selagi kudrat semalam kekal ke hari ini
selagi kasih belum pudar kian hari
selagi dia masih di hati
selagi itu lah aku tak mengenal istilah 'tarik diri'



aku juga seorang manusia biasa,
secebis luahan hati - antara semalam dan hari ini.

No comments:

Post a Comment