umur apabila sudah meningkat sepatutnya pemikiran semakin matang, boleh membezakan antara baik dan buruk..tetapi kebanyakan rakan2 berpendapat bahawa umur bukanlah kayu pengukur kepada sesuatu tahap kematangan..hal ini amat penting buat kita semua apabila berada di dunia sebenar..kita perlu bersaing sesama rakan sekerja, syarikat2 besar, dan juga negara2 maju..
dalam sesuatu bidang yang diceburi, komitmen merupakan elemen yang amat diperlukan bagi mendapatkan hasil bagi kerjaya tersebut..dalam era persaingan kini, susah untuk kita memuaskan hati semua pihak..
sebagai seorang mahasiswa, komitmen diperlukan dalam menyiapkan tugas, tutorial, dan assignment yang banyak..
dalam sibuk memberikan komitmen terhadap pelajaran kita sebenarnya tidak perasan komitmen untuk hal lain banyak diabaikan..sedang kita sibuk melakukan assignment kita lupa akan tanggungjawab kita kepada pencipta..acapkali kita melambat-lambatkan perkara yang wajib dengan alasan ingin menyiapkan kerja terlebih dahulu..hal sekecil seperti inilah yang kita sebenarnya tidak tahu bahawa ia merupakan pendorong segala kejayaan..
tidak salah kita mahu letakkan seratus peratus komitmen kita terhadap pelajaran tetapi kita harus sedar bahawa mahasiswa yang cemerlang merupakan mahasiswa yang dapat membahagikan komitmen mereka dengan baik..cara yang terbaik adalah memberikan komitmen terhadap pelajaran seiring dengan komitmen terhadap rakan baik kita..pilihlah beberapa rakan yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran, melakukan tugasan dan yang paling penting rakan yang dapat menasihati kita setiap masa..dengan cara ini diri akan sentiasa terjaga dan mungkin berjaya dala apa jua bidang..
komitmen boleh dibahagi kepada tiga..
1) komitmen terhadap pelajaran.
2) komitmen dengan kehidupan sosial.
3) komitmen kepada keluarga.
berapa peratus nak bahagi tu terpulanglah pada diri kita sendiri..cuma yakin bahawa setiap keputusan itu dibuat atas kemampuan diri sendiri..
hmm..ramai juga berpandangan komitmen terhadap cinta juga perlu kerana ia akan lebih stabil dan memberikan peransang.. :)
tapi jika berlaku pertelingkahan antara pasangan tidakkah ia memberikan tekanan dan akan memberikan impak yang buruk terhadap tugasan seseorang..
jika kita boleh menggalas beberapa komitmen dalam satu2 masa tu baguslah, setiap orang lain caranya..tak boleh nak samakan semuanya..
harapnya agar setiap daripada kita dapat mengatur segala agenda harian dengan sempurna dan laksanakan ia dengan penuh komitmen. :)
No comments:
Post a Comment