------------------------------------------------------
salam sejahtera,kehadapan adinda yang dikasihi selalu... :)
apa khabar anda di sana?sukar nak digambarkan betapa gembiranya hati saya andai awak dapat baca nukilan ini..saya pun tak tahu nak mulakan dari mana..
dah lama nak masukkan entry ni tp masih teragak-agak..entah la,ego lelaki ni sangat kuat, sangat kental, susah untuk ditandingi..demi menjaga maruah seorang lelaki daripada wanita, sanggup lakukan apa saja asalkan air muka mereka tidak jatuh..
dah berapa lama dah tak bertegur sapa..ada juga terfikir kalau ditegur takut tidak dilayan..bermacam-macam perkara bermain diminda..sebab itulah susah nak lupakan..mungkin di mulut boleh katakan ya tetapi hati tetap tidak..
lumrah lah rindu tu,sape yang tak rindu tu robot lah..manusia ada perasaan,kasih dan sayang tu memang ada..kadang2 tgok org lain bermesra pun kita naik cemburu..tapi saya beri peluang pada diri agarkan hindarkan dengan sibukkan dengan pelbagai tugasan..walaupun berjaya tp saya tahu ia tidak kekal lama..
lama sangat tak dengar khabar,harap awak jaga diri macam saya ni juga la kan..mungkin ada yang sudah berjaya menambat hati awak, yang betul2 ambil berat awak kat sana..harapnya agar sentiasa kekal bahagia :')
dalam kesibukan diri saya di sini belum saya jumpa lagi org baru yg sebaik awak..tak guna juga menyesal sekarang..penat saya geledah seluruh kampus ni,takde jumpa lagi insan yang benar2 memikat seperti apa yang saya ada dulu..tapi masih mengharap pada kasih yang sama.. :(
silap dulu memang silap saya..saya akui..takpe la,saya minta maaf sebab banyak susahkan awak..yang lain tu urusan saya dengan Allah..kalau pergi saya nanti harap tidak ada dendam antara kita..tak usah dikenang lagi..masa depan kita masing2 dengan haluan masing2..teruskan dengan apa yang awak citakan,saya tahu itu yang kita pernah impikan tapi awak sorang yang dapat..
rezeki masing2 tuhan dah tentukan ..soal jodoh Dia pilihkan..orang yang baik macam awak insyaAllah Dia bagi lelaki yang baik juga..semoga berbahagia di sisi yang tersayang..
saya tak dapat bagi awak sejuta bintang di langit tapi saya dapat bagi awak iringan doa di setiap malam..
saya tak dapat laksanakan cita2 awak tp saya lega awak semakin hampir dengan impian awak..
saya mungkin tidak di sisi awak tapi kenangan saya masih dekat di hati awak..
<3
sekian
luahan hati,
Kekanda.
------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment